KELEBIHAN

kelebihan peta pemikiran i-think


1) Peta i-think ini dapat membolehkan pelajar mencatat nota dengan mudah dan membantu pelajar mengingat dengan mudah di samping dapat menggabungkan dan menyeimbangkan kegunaan otak kiri dan otak kanan. Dengan itu, peta i-think amatlah sesuai dan tepat agar pelajar dapat membuat, menyimpan, dan mengulangkaji nota dengan baik dan berkesan.


2) Selain itu, peta i-think ini juga dapat memudahkan pelajar mengingat kata kunci ataupun 'keyword' sesuatu pelajaran tersebut. Hali ini kerana, peta i-think hanya menggunakan kata kunci dan imej yang hanya membenarkan maklumat yang banyak dimasukkan ke dalam sehelai kertas.


3) Seterusnya, pengurusan peta minda menggambarkan bagaimana otak manusia mengurus idea. Hal ini demikian kerana, peta i-think adalah mudah dirujuk yang mana pada masa yang sama merujuk secara berulang dapat mengukuhkan ingatan seseorang. Cara terbaik dalam membuat rujukan ialah dengan melakukan imaginasi ke atas kandungan peta minda, kemudian baru merujuk kembali kepada peta minda jika terdapat sebarang kekaburan. Ini kerana seseorang dapat mengingat pada perkara ynag mudah dilihat.


4) Di samping itu, peta i-think ini membolehkan seseorang itu membebaskan pemikirannya daripada pemikiran linear dan membolehkan idea-idea baru bercambah dengan baik. Perbuatan ini mampu mencetuskan ssesuatu idea berdasarkan kreativitinya.

Comments

Popular posts from this blog